Wednesday 14 September 2011

Mencuci

Keesokan harinya selepas balik dari camp tue kami semua berkumpul balik semula di Kolej Kenangan untuk kerja-kerja mencuri khemah dan PFD. Masa tue memang best macam pesta mencuci.Walaupun penat kami semua sanggup berkumpul awal pagi....terbaik la.....
Mata mengantuknya masa tue nak tunggu khemah dan PFD kering. Ingatkan ada test knotting semua g study En. Razif rupanya x jadi punya la nak markah lebih....Masa lepak tunggu semua tue kering kita orang tangkap gambar sakan la dan berkumpul untuk post mortem dan ucap selamat tinggal kepada kawan-kawan sebab pas nie jumpa kat kelas je. Sarapan pagi kami makan roti canai pahrul bawa....BEST





Pulang Ke Tempat Asal Mu....

Akhirnya.....aku dan kawan-kawan berjaya tamatkan Final Camp di Tasik Cenderah, Perak. Setelah selesai segala aktiviti dan kami semua selamat syukur kepada Allah S.W.T. Selepas turun dari Bukit Mandi Angin aku mula berkemas barang-barang peribadi untuk dibawa pulang ke tempat asal, pas itu aku terus pergi siapkan diri dan tolong kawan-kawan kemaskan khemah dan peralatan yang akan dipulangkan semula pada pihak Uitm. Tak sabar rasanya nak balik tapi handphone tak dapat lagi....dah la rindu kat family and TUNANG....hehehehe
Untuk naik bas kami semua kena berjalan kaki lagi ke jalan besar....penat pun tak pe nak balik punya pasal sanggup walaupun jauh. Masuk je lama bas terus dibuai mimpi.....tahu-tahu bas berhenti kat RNR....masa tu dapat handphone happy....tanpa berlengah2 terus telefon orang tersayang.....Rindu.......yang tengah tunggu kat Uitm.



Maaf...x banyak cerita sebab tidur je dalam bas...hehehe

Monday 12 September 2011

Jauh Perjalan Luas Permandangan

Belum hilang lagi penat survival dan kena jalakan aktiviti mendaki Bukit Angin. Setelah boat ambil aku dan kawan-kawan kat jeti CP4 kami terus pergi ke khemah untuk masak.....lapar..lapar...lapar. Pas tue dengan tak mandi seharian terus pergi mendaki Bukit Angin. Masa pergi boat bawa kami ke jeti utama dan berjalan dan  kaki beramai2 menuju ke jalan keluar dari kampung. Penat kami berjalan lebih kurang 2jam dah la jauh naik bukit je jalannya, sampai ada yang pancit tak larat nak daki bukit tue. Dengan membekalkan pesanan En.hisyam kami berjalan berkumpulan dan tolong menolong, semua berjaya mendaki Bukit Angin. Untuk berjaya naik ke Bukit 2 kena harungi kebun getah, sungai dan kedun limau bali.





Permandangan dari atas Bukit Angin.

Permandangan kat atas Bukit Angin sangat cantik . Kami semua bergambar sakan kat atas bukit tue, dah puas dok kat atas bukit kami semua turun. Yang paling kelakarnya kak noi masa naik x larat sangat, tapi  masa balik laju kalah kita orang. Setelah berjalan balik kami sampai kat jeti ingatkan naik boat ke khemah rupanya kena berenang. Rasa nak lari je...takut nak berenang, tapi nak tak nak terpaksa...penat sangat mengalahkan orang berlari 100meter.

Sunday 11 September 2011

Survival

Setelah penat berkayak aku telah diberi pengenalan tentang Orienteering oleh En. Razif di sekitar kawasan perkhemahan. Selepas selesai semual jam lebih kurang 5.00petang aku dan kawan-kawan telah diarahkan bersiap sedia untuk jalankan aktiviti survival. Untuk lakukan aktiviti tersebut aku dan kawan-kawan hanya boleh bawa parang,lampu suluh, sehelai kain  dan surah yassin (hanya satu setiap kumpulan). Makan Dan minuman tidak dibenarkan bawa. Aku dan kawan-kawan naik boat dan pergi ke sebuah pulau CP4, sampai disana budak lelaki turun dahulu dan kena berenang ke tebing. Aku ingat aku selamat la rupa-rupanya kena jugak berenag ke tebing habis basah baju n kasut. Setelah sampai kami diarahkan berkumpul, semasa berkumpul setiap kumpulan diberi modal untuk beli barang bagi keperluan semasa ditinggal di dalam hutan. Kumpulan aku membeli tapak khemah (mahal), biskut, beras, mancis, parang, khemah, kentang dan telur.
Dalam keadaan yang basuh kami dibawa masuk ke hutan dan berpecah setiap kumpulan untuk bermalam disana. Sampai dikawasan tempat untuk dirikan khemah aku dan ahli kumpulan aku terus bahagikan tugas iaitu bersihkan kawasan, dirikan khemah, cari kayu api untuk buat unggun api. Masa cari kayu api tak sangka Fahrul kuat macam badang, habis semua pokok yang tubang dalam hutan tu dia buat kayu api tanpa guna parang pun...hehehe. Hari semakin gelap hati ni gelisah juga maklum la dok dalam hutan dah la aku seorang je perempuan yang 3 orang tu lelaki, tetapi kawan-kawan aku jaga aku dengan baik. Tiba-tiba masa kami duduk berborak sambil tunggu hari cerah tiba-tiba aku ternampak cahaya datang ke arah kami, berdebar jugak tunggu apa la yang akan terjadi, rupannya ada satu lelaki yang tidak berbaju telah memperkenalkan diri iaitu budak student full tima Uitm Jengka, Pahang da hajat nak minta mancis daripada kami. Mula-mula tue curiga jugak, mana la tahu ada orang nak perkenakan kumpulan kami. Setelah disiasat dan dipaksa barulah tahu kumpulan mereka tak beli mancis jadi x da unggun api dan dok dalam gelap. Aku dan ahli kumpulan aku berbincang mahu tolong atau tidak budak tu, setelah selesai kami semua setuju untuk tolong dengan satu syarat iaitu budak tu kena menyanyi untuk kami....maklum la dalam hutan sunyi je....dia pun setuju dan menyanyikan lagu Faizal Tahir.... sedap juga suara dia.

Tempat Kami Ditinggalkan

Faizal Tahir Celop!!!!

Selepas Faizal Tahir Celop balik sunyi balik kami semua. Sepanjang malam kat sana macam-macam bunyi ada aku dengar. Tidur pun bergilir-gilir dengan kawa-kawan, yang paling kuat tidur mizi la sebab tak dapat rokok tapi dia rajin masak bubur nasi + telor. Kami punya ungun api tak pernah padam terang je tempat duduk kami dan siap bakar kentang lagi...Sedap!!!!!.Penantian satu penyiksaan
Memang rasa lama sangat nak tunggu hari siang. hari semakin cerah lega sikit rasa dan menunggu saat untuk dijemput pulang.
Selamat Jalankan Aktivi Survival.....Alhamdulillah

Berkayuh Kayak

Masa camping ari tue aku kena jadi sentri kul 2.30pagi dengan afiq, mizi dan fakrul habis kul 4.15pagi, mengantuk x payah kata la sampai tertidur kat khemah pusat.Ingatkan masa kerja je kena sentri waktu mencari ilmu pun kena jugak...eeeerrrrrmmmmm
Pada pagi 19/7/11 jam 0900pagi seleoas sarapan aku dan kawan-kawan ada kelas untuk pengenalan  berkayak yang disampaikan oleh En.Hisyam ditapak perkhemahan. aku di ajar cara pegang peddle,cara kayuh,persediaan sebelum mengayuh serta banyak lagi. Rakan yang akan berkayuh dengan aku adalah mizi...asik gaduh je dengan mizi.


Aku memang main Dragon Boat tapi bukan pandai pun kayuh kayak ne. Kayuh dengan mizi memang la dok depan sekali dari kawan yang lain tapi yang lucunya asyik ke kanan dan ke kiri je, tak pernah lurus. Maklum la gabungan Polis dan Tentera. Aku dan kawan-kawan di bawa pusing pulau oleh En.Hisyan and the geng. Lenguh tangan-tangan kayuh kayak, sampai di CP4 aku diarahkan berhenti, selepas berhenti En.Hisyam nak buat kayak terbalik semasa dalam air...Ya Allah bederau darah ne dah la tengah-tengah tasik dalam siot.....disebabkan aku dan mizi orang yang pertama sampai kat CP4, aku dan mizi orang pertama yang kena buat. Tiba-tiba mizi terbalikan kayak yang aku naik dengan dia, berapa kali minum air masa nak balik semula kayak tu kembali ke asal. Last2 kawan2 yang lain tolong.Semua kena buat macam aku dan mizi buat



Masa nak balik ke jeti aku kena tukar geng kayuh...aku kayuh dengan Fakrul lak, best jugak kayuh dengan fahrul tapi had laju kena kawal la. Kami semua x leh tertinggal jauh mesti kayuh dalam group. Cantik sangat persekitaran seluruh tasik tu.



Masa nak sampai En.Hisyam buat pertandingan antara kumpulan, kumpulan mana yang terbalik dan paling cepat betulkan kayak serta berada di atas ia adalah pemenag. Aku, Afiq, Fahrul dan Mizi paling cepat dan menang...terbaik......kami kumpulan yang paling pantas


Dinner

Dinner pertama aku bersama kawan-kawan yang di masak oleh Chef Mimie. Manu yang dimasak adalah ayam masak merah, sayur kacang panjang, ikan kering, air teh panas dan disedapkan dengan kicap cap kipas udang. Lauk ikan kering khas untuk Hafiz sebab dia tak makan ayam....rugi2 kalau aku jadi hafiz, mungkin dia alahan kot? Memang sedap la mkan waktu tu, dah la baru pas berendang dalam air memang lapar sangat. Kami semua makan dalam gelap lampu x da, da yang siap lampu suluh lagi.



Selepas makan aku dan kawan -kawan telah mengikut kelas Knotting and First Aid. Kelas Knotting diambil oleh Abang Boy ( En. Razif) iaitu pembantu En. Hisyam kami semual belajar tentang ikatan seperti : Sheet bend, Fisherman Knot, Bowline dan lain-lain. Kami telah duduk mengikut kumpulan dan adakan acara siapa paling cepat buat ikatan yang di suruh oleh Abang Boy....terbaikkkk. Waktu tu hilang rasa letih and penat. Paling terbaik kumpulan Gunung Tahan menang.




Lebih kurang 1145malam kelas knotting habis, pas 2 terus sambung kelas first aid yang diambil oleh En.Azmi dari Uitm Jengka, Pahang. Memang masa 2 dah mengantuk tapi apakan daya nak ilmu kena tahan la mata ne.

Water Confident

Selesai dirikan khemah En.Hisyam panggil aku dan kawan-kawan berkumpul di bawah khemah pusat untuk taklimat aktiviti yang akan dilakukan serta bahagiakan student kepada beberapa kumpulan. Disebabkan bunga 3 je jadi 3 kumpulan. Aku kumpulan sekali dengan Afiq (paling pandai berenang), Fakrul (sifat kebapaan) dan Mizi (kuat tidur tapi rajin sangat) dan namakan kumpulan kami GUNUNG TAHAN terbaik punya....hehehehe.Kemudian kami diarahakan tukar baju yang sesuai untuk jalankan aktiviti yang paling aku takut n tak yakin langsung iaitu WATER CONFIDENT. Tuhan je yang tahu masa nak masuk ke dalam tasik tue mujur la pakai Personal Flotation Device (PFD). Kami diarahkan oleh En.Hisyam dan pembantunya ke tengah tasik tetapi berkumpulan. Aku bersyukur sangat dapat ahli kumpulan yang baik dan bertanggungjawab. Dia orang tak pernah tinggal aku yang tak berapa yakin semasa didalam air. Air tasik tue sejuk je bila kat tempat dalam ape yang ada kat bawah tue hanya tuhan je yang tahu. Aku bersyukur aktiviti water confident berjalan lancar dan tiada masalah yang berlaku terhadap kami semua.

Ahli Kumpulan:  Gunung Tahan

Selepas puas berenang kami semua diarahkan naik ke tebing. Semasa kat tebing aku dan kawan-kawan telah diberi taklimat ringkas tentang Basic to kayak. Dah la sejuk sebab baju basah disebabkan nak belajar aku tahan sampai habis.