Sunday 11 September 2011

Water Confident

Selesai dirikan khemah En.Hisyam panggil aku dan kawan-kawan berkumpul di bawah khemah pusat untuk taklimat aktiviti yang akan dilakukan serta bahagiakan student kepada beberapa kumpulan. Disebabkan bunga 3 je jadi 3 kumpulan. Aku kumpulan sekali dengan Afiq (paling pandai berenang), Fakrul (sifat kebapaan) dan Mizi (kuat tidur tapi rajin sangat) dan namakan kumpulan kami GUNUNG TAHAN terbaik punya....hehehehe.Kemudian kami diarahakan tukar baju yang sesuai untuk jalankan aktiviti yang paling aku takut n tak yakin langsung iaitu WATER CONFIDENT. Tuhan je yang tahu masa nak masuk ke dalam tasik tue mujur la pakai Personal Flotation Device (PFD). Kami diarahkan oleh En.Hisyam dan pembantunya ke tengah tasik tetapi berkumpulan. Aku bersyukur sangat dapat ahli kumpulan yang baik dan bertanggungjawab. Dia orang tak pernah tinggal aku yang tak berapa yakin semasa didalam air. Air tasik tue sejuk je bila kat tempat dalam ape yang ada kat bawah tue hanya tuhan je yang tahu. Aku bersyukur aktiviti water confident berjalan lancar dan tiada masalah yang berlaku terhadap kami semua.

Ahli Kumpulan:  Gunung Tahan

Selepas puas berenang kami semua diarahkan naik ke tebing. Semasa kat tebing aku dan kawan-kawan telah diberi taklimat ringkas tentang Basic to kayak. Dah la sejuk sebab baju basah disebabkan nak belajar aku tahan sampai habis.




No comments:

Post a Comment