Sunday 11 September 2011

Dinner

Dinner pertama aku bersama kawan-kawan yang di masak oleh Chef Mimie. Manu yang dimasak adalah ayam masak merah, sayur kacang panjang, ikan kering, air teh panas dan disedapkan dengan kicap cap kipas udang. Lauk ikan kering khas untuk Hafiz sebab dia tak makan ayam....rugi2 kalau aku jadi hafiz, mungkin dia alahan kot? Memang sedap la mkan waktu tu, dah la baru pas berendang dalam air memang lapar sangat. Kami semua makan dalam gelap lampu x da, da yang siap lampu suluh lagi.



Selepas makan aku dan kawan -kawan telah mengikut kelas Knotting and First Aid. Kelas Knotting diambil oleh Abang Boy ( En. Razif) iaitu pembantu En. Hisyam kami semual belajar tentang ikatan seperti : Sheet bend, Fisherman Knot, Bowline dan lain-lain. Kami telah duduk mengikut kumpulan dan adakan acara siapa paling cepat buat ikatan yang di suruh oleh Abang Boy....terbaikkkk. Waktu tu hilang rasa letih and penat. Paling terbaik kumpulan Gunung Tahan menang.




Lebih kurang 1145malam kelas knotting habis, pas 2 terus sambung kelas first aid yang diambil oleh En.Azmi dari Uitm Jengka, Pahang. Memang masa 2 dah mengantuk tapi apakan daya nak ilmu kena tahan la mata ne.

No comments:

Post a Comment