Sunday 11 September 2011

Berkayuh Kayak

Masa camping ari tue aku kena jadi sentri kul 2.30pagi dengan afiq, mizi dan fakrul habis kul 4.15pagi, mengantuk x payah kata la sampai tertidur kat khemah pusat.Ingatkan masa kerja je kena sentri waktu mencari ilmu pun kena jugak...eeeerrrrrmmmmm
Pada pagi 19/7/11 jam 0900pagi seleoas sarapan aku dan kawan-kawan ada kelas untuk pengenalan  berkayak yang disampaikan oleh En.Hisyam ditapak perkhemahan. aku di ajar cara pegang peddle,cara kayuh,persediaan sebelum mengayuh serta banyak lagi. Rakan yang akan berkayuh dengan aku adalah mizi...asik gaduh je dengan mizi.


Aku memang main Dragon Boat tapi bukan pandai pun kayuh kayak ne. Kayuh dengan mizi memang la dok depan sekali dari kawan yang lain tapi yang lucunya asyik ke kanan dan ke kiri je, tak pernah lurus. Maklum la gabungan Polis dan Tentera. Aku dan kawan-kawan di bawa pusing pulau oleh En.Hisyan and the geng. Lenguh tangan-tangan kayuh kayak, sampai di CP4 aku diarahkan berhenti, selepas berhenti En.Hisyam nak buat kayak terbalik semasa dalam air...Ya Allah bederau darah ne dah la tengah-tengah tasik dalam siot.....disebabkan aku dan mizi orang yang pertama sampai kat CP4, aku dan mizi orang pertama yang kena buat. Tiba-tiba mizi terbalikan kayak yang aku naik dengan dia, berapa kali minum air masa nak balik semula kayak tu kembali ke asal. Last2 kawan2 yang lain tolong.Semua kena buat macam aku dan mizi buat



Masa nak balik ke jeti aku kena tukar geng kayuh...aku kayuh dengan Fakrul lak, best jugak kayuh dengan fahrul tapi had laju kena kawal la. Kami semua x leh tertinggal jauh mesti kayuh dalam group. Cantik sangat persekitaran seluruh tasik tu.



Masa nak sampai En.Hisyam buat pertandingan antara kumpulan, kumpulan mana yang terbalik dan paling cepat betulkan kayak serta berada di atas ia adalah pemenag. Aku, Afiq, Fahrul dan Mizi paling cepat dan menang...terbaik......kami kumpulan yang paling pantas


No comments:

Post a Comment