Sunday 11 September 2011

Survival

Setelah penat berkayak aku telah diberi pengenalan tentang Orienteering oleh En. Razif di sekitar kawasan perkhemahan. Selepas selesai semual jam lebih kurang 5.00petang aku dan kawan-kawan telah diarahkan bersiap sedia untuk jalankan aktiviti survival. Untuk lakukan aktiviti tersebut aku dan kawan-kawan hanya boleh bawa parang,lampu suluh, sehelai kain  dan surah yassin (hanya satu setiap kumpulan). Makan Dan minuman tidak dibenarkan bawa. Aku dan kawan-kawan naik boat dan pergi ke sebuah pulau CP4, sampai disana budak lelaki turun dahulu dan kena berenang ke tebing. Aku ingat aku selamat la rupa-rupanya kena jugak berenag ke tebing habis basah baju n kasut. Setelah sampai kami diarahkan berkumpul, semasa berkumpul setiap kumpulan diberi modal untuk beli barang bagi keperluan semasa ditinggal di dalam hutan. Kumpulan aku membeli tapak khemah (mahal), biskut, beras, mancis, parang, khemah, kentang dan telur.
Dalam keadaan yang basuh kami dibawa masuk ke hutan dan berpecah setiap kumpulan untuk bermalam disana. Sampai dikawasan tempat untuk dirikan khemah aku dan ahli kumpulan aku terus bahagikan tugas iaitu bersihkan kawasan, dirikan khemah, cari kayu api untuk buat unggun api. Masa cari kayu api tak sangka Fahrul kuat macam badang, habis semua pokok yang tubang dalam hutan tu dia buat kayu api tanpa guna parang pun...hehehe. Hari semakin gelap hati ni gelisah juga maklum la dok dalam hutan dah la aku seorang je perempuan yang 3 orang tu lelaki, tetapi kawan-kawan aku jaga aku dengan baik. Tiba-tiba masa kami duduk berborak sambil tunggu hari cerah tiba-tiba aku ternampak cahaya datang ke arah kami, berdebar jugak tunggu apa la yang akan terjadi, rupannya ada satu lelaki yang tidak berbaju telah memperkenalkan diri iaitu budak student full tima Uitm Jengka, Pahang da hajat nak minta mancis daripada kami. Mula-mula tue curiga jugak, mana la tahu ada orang nak perkenakan kumpulan kami. Setelah disiasat dan dipaksa barulah tahu kumpulan mereka tak beli mancis jadi x da unggun api dan dok dalam gelap. Aku dan ahli kumpulan aku berbincang mahu tolong atau tidak budak tu, setelah selesai kami semua setuju untuk tolong dengan satu syarat iaitu budak tu kena menyanyi untuk kami....maklum la dalam hutan sunyi je....dia pun setuju dan menyanyikan lagu Faizal Tahir.... sedap juga suara dia.

Tempat Kami Ditinggalkan

Faizal Tahir Celop!!!!

Selepas Faizal Tahir Celop balik sunyi balik kami semua. Sepanjang malam kat sana macam-macam bunyi ada aku dengar. Tidur pun bergilir-gilir dengan kawa-kawan, yang paling kuat tidur mizi la sebab tak dapat rokok tapi dia rajin masak bubur nasi + telor. Kami punya ungun api tak pernah padam terang je tempat duduk kami dan siap bakar kentang lagi...Sedap!!!!!.Penantian satu penyiksaan
Memang rasa lama sangat nak tunggu hari siang. hari semakin cerah lega sikit rasa dan menunggu saat untuk dijemput pulang.
Selamat Jalankan Aktivi Survival.....Alhamdulillah

No comments:

Post a Comment