Monday 12 September 2011

Jauh Perjalan Luas Permandangan

Belum hilang lagi penat survival dan kena jalakan aktiviti mendaki Bukit Angin. Setelah boat ambil aku dan kawan-kawan kat jeti CP4 kami terus pergi ke khemah untuk masak.....lapar..lapar...lapar. Pas tue dengan tak mandi seharian terus pergi mendaki Bukit Angin. Masa pergi boat bawa kami ke jeti utama dan berjalan dan  kaki beramai2 menuju ke jalan keluar dari kampung. Penat kami berjalan lebih kurang 2jam dah la jauh naik bukit je jalannya, sampai ada yang pancit tak larat nak daki bukit tue. Dengan membekalkan pesanan En.hisyam kami berjalan berkumpulan dan tolong menolong, semua berjaya mendaki Bukit Angin. Untuk berjaya naik ke Bukit 2 kena harungi kebun getah, sungai dan kedun limau bali.





Permandangan dari atas Bukit Angin.

Permandangan kat atas Bukit Angin sangat cantik . Kami semua bergambar sakan kat atas bukit tue, dah puas dok kat atas bukit kami semua turun. Yang paling kelakarnya kak noi masa naik x larat sangat, tapi  masa balik laju kalah kita orang. Setelah berjalan balik kami sampai kat jeti ingatkan naik boat ke khemah rupanya kena berenang. Rasa nak lari je...takut nak berenang, tapi nak tak nak terpaksa...penat sangat mengalahkan orang berlari 100meter.

No comments:

Post a Comment