Sunday 11 September 2011

Aktiviti Sudah Bermula

Setelah sampai ke jeti tempat untuk camping aku dan kawan-kawan makan dulu sebelum mulakan aktiviti yang sebab lapar sangat, kami semua tapau nasi ayam kat RNR dah la makan beralaskan tanah . Selepas siap makan aku dan kawan mulakan aktivi pasang khemah yang di pantau oleh Abg Boy & Kak Roy. Kami semua agih-agih tugas untuk pasang khemah pusat, khemah dapur, khemah peralatan dan khemah untuk rehat. Semasa aktiviti ini kami bergabung dengan student full time Uitm Jengka, Pahang (Kampung aku). Dah dirikan khemah mestilah buat longkang untuk pengaliran air supaya tak la banjir khemah nanti kalau hujan na dan tabur garam supaya bintang yang merbayaha tak datang. Khemah yang paling cantik yang kawan-kawan aku dirikan adalah khemah peralatan (comel je).... hehehehe.




Aku biasa la sibukkan diri tolong yang mana patut, siap buatkan sirap ais untuk dia orang yang buat kerja. Setelah selasai dirikan khemah, aku dan kawan-kawan kemaskan barang masuk ke dalam khemah sebab selepas ini ada aktiviti lain pulak. Lupa pulak nak bagitahu apa yang aku dan kawan-kawan buat dalan aktiviti camp ini adalah yang kami belajar dalam kelas sebelum ini. TERBAIK punya.....tengok sape gurunya..hehehe


Tengok la kawan-kawan aku sedang menikmati air sirap yang sangat lazat tue. Gambar nie masa tengah dirikan khemah pusat.

No comments:

Post a Comment